top of page

RESENSI BUKU

Resensi buku  merupakan satu program ilmu yang boleh memberikan impak tinggi kepada pendidikan; asal sahaja kita laksanakan dengan sepenuh hati dan berusaha menjadikan amalan membaca sebagai antara prioriti yang mesti dipenuhi dalam hidup seharian. Resensi buku membicarakan intipati buku-buku hebat  yang membolehkan kita mengutip pengetahuan daripada orang lain yang pelbagai perspektif namun mengimpikan hasrat yang sama iaitu meletakkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara atas landasan kecemerlangan.


Justeru, resensi buku yang direncanakan ini begitu tinggi nilainya untuk guru-guru berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengubah pendidikan yang lebih berkualiti. Matlamat yang digariskan ialah menjana potensi guru yang cakna akan bidang pembacaan, dan mengaplikasikan maklumat untuk kecemerlangan pendidikan. Warga pendidikan perlu meletakkan keutamaan menerusi tiga objektif program ini iaitu:

      1.      Memupuk kesedaran peri pentingnya pembacaan sepanjang hayat.

 

2.     Menanam budaya membaca dalam kalangan guru-guru ke arah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

 

      3.      Menjana kreativiti dan inovasi untuk pelaksanaan proses pendidikan  yang berkesan

Koleksi gambar Program resensi buku

Georgia is a bold and elegant font that is highly readable, even on smaller screens. So it’s ideal for mobile.  

Memperkasakan program Nilam SMK Dato' Haji Talib Karim

Helvetica Light is an easy to read font, with tall and narrow letters, that works well on almost every site.

 

Copyright © 2016 by Gadessa Team

PSS SMK DATO' HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA.
Sesuai dalam paparan IE versi 8.0 ke atas, Google Chrome 31.0 ke atas dan Mozilla Firefox versi 20.0 ke atas.
Resolusi sesuai adalah 1024 x 768

 

bottom of page