top of page

CAKNA MINDA

Program NILAM merupakan satu aktiviti untuk merealisasikan matlamat KPM menjadikan membaca sebagai satu cara hidup. Sekolah telah melaksanakan program NILAM  melalui jadual mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk memberikan penekanan yang lebih terhadap aktiviti membaca dan merekodkan bacaan murid, Pusat Sumber Sekolah telah merancang satu aktiviti yang dinamakan CAKNA MINDA. Aktiviti ini adalah sokongan kepada program NILAM yang dilakukan oleh guru BM dan BI di Pusat Sumber.

Setiap murid telah mengikuti program NILAM berjadual setiap minggu melalui subjek Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI). Guru BM dan BI membawa murid ke perpustakaan secara bergilir minggu untuk menjalankan aktiviti membaca dan merekodkan bacaan masing-masing ke dalam buku rekod NILAM. Setelah dimulakan pada tahun 2013, program Cakna Minda ini telah menampakkan keberhasilannya dengan penambahan jumlah  pelajar yang memperolehi Tahap Jauhari, dan juga Rakan Pembaca ; maka dengan itu program ini seharusnya diteruskan. Objektifnya adalah:

  • Jumlah rekod NILAM murid meningkat dari semasa ke semasa.

  • Murid boleh menulis rumusan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik seterusnya meningkatkan penguasaan mereka dalam kedua-dua mata pelajaran itu

  • 80% murid tingkatan lima mencapai pengiktirafan sekurang-kurangnya Gangsa Tahap Jauhari.

Koleksi gambar Program Cakna minda

Koleksi Video Program Cakna Minda

Georgia is a bold and elegant font that is highly readable, even on smaller screens. So it’s ideal for mobile.  

Memperkasakan program Nilam SMK Dato' Haji Talib Karim

Helvetica Light is an easy to read font, with tall and narrow letters, that works well on almost every site.

 

Copyright © 2016 by Gadessa Team

PSS SMK DATO' HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA.
Sesuai dalam paparan IE versi 8.0 ke atas, Google Chrome 31.0 ke atas dan Mozilla Firefox versi 20.0 ke atas.
Resolusi sesuai adalah 1024 x 768

 

bottom of page