top of page

PROGRAM NILAM

Program NILAM merupakan satu aktiviti untuk merealisasikan matlamat KPM menjadikan membaca sebagai satu cara hidup. Sekolah telah melaksanakan program NILAM  melalui jadual mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk memberikan penekanan yang lebih terhadap aktiviti membaca dan merekodkan bacaan murid, Pusat Sumber Sekolah telah merancang satu aktiviti yang dinamakan CAKNA MINDA. Aktiviti ini adalah sokongan kepada program NILAM yang dilakukan oleh guru BM dan BI di Pusat Sumber.

 

Setiap murid telah mengikuti program NILAM berjadual setiap minggu melalui subjek Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI). Guru BM dan BI membawa murid ke perpustakaan secara bergilir minggu untuk menjalankan aktiviti membaca dan merekodkan bacaan masing-masing ke dalam buku rekod NILAM. Setelah dimulakan pada tahun 2013, program Cakna Minda ini telah menampakkan keberhasilannya dengan penambahan jumlah  pelajar yang memperolehi Tahap Jauhari, dan juga Rakan Pembaca ; maka dengan itu program ini seharusnya diteruskan. Matlamat bagi program ini ialah :

  • Memperkasakan Program Nilam SMK Dato' Haji Talib Karim.

  • Memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berinformasi.

OBJEKTIF :

  • Jumlah rekod NILAM murid meningkat dari semasa ke semasa

  • Murid boleh menulis rumusan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik seterusnya meningkatkan penguasaan mereka dalam kedua-dua mata pelajaran itu

 

 

 

 

 

 

 

 

  • \80% murid tingkatan lima mencapai pengiktirafan sekurang-kurangnya Gangsa Tahap Jauhari.

Pelaksanaan :

  • Tempat :  Dataran Perhimpunan SMK

     

  • Tempoh/Tarikh : 7.00 pagi – 8.20 pagi setiap Selasa

Koleksi Gambar Aktiviti nilam

NILAM Guru

NILAM Ibu Bapa

bottom of page